Dah Buat Website, Tapi Bila Search Dekat Google Tak Jumpa?
Website dah siap tapi tak muncul di Google? Kenali basic SEO yang patut disetup dari awal: indexing, meta title, struktur website dan pengalaman pengguna.
Website dah siap. Design dah cantik. Gambar produk semua dah masuk.
Siap ada button WhatsApp untuk pelanggan terus hubungi kita.
Tapi ada satu masalah.
Bila orang search nama bisnes kita dekat Google, website langsung tak jumpa.
Atau lebih teruk, bila orang cari servis yang kita tawarkan, website pesaing yang keluar dulu.
Sedangkan kita pun ada website.
Kenapa Website Tak Keluar di Google?
Jadi, kenapa perkara ini boleh berlaku?
Salah satu sebab website tak muncul di Google ialah website dah siap dibina, tapi basic SEO tak dibuat dengan betul.
Ramai business owner ingat bila website dah live, Google akan terus paparkan website tersebut dalam hasil carian.
Sebenarnya, tak semudah itu.
Apa Itu SEO dan Kenapa Website Kita Perlukannya?
SEO bermaksud Search Engine Optimization.
Mudah cerita, SEO ialah proses untuk membantu Google memahami website kita dan meningkatkan peluang website tersebut muncul apabila orang membuat carian yang berkaitan.
Contohnya, anda ada bisnes renovation rumah di Shah Alam.
Bila orang search “kontraktor renovation Shah Alam”, sudah tentu anda nak website bisnes anda berpeluang muncul dalam hasil carian tersebut.
Sebab orang yang tengah search servis macam ini biasanya memang sedang mencari penyelesaian.
Mereka bukan sekadar scroll untuk tengok content.
Mereka mungkin sedang mencari kontraktor untuk buat kerja renovation.
Di sinilah SEO memainkan peranan penting.
Tapi sebelum fikir nak ranking nombor satu dekat Google, ada beberapa perkara asas yang patut kita setup terlebih dahulu.
1. Bantu Google Jumpa Website Kita
Website dah live tak bermaksud semua halaman terus ada dalam Google.
Google perlu menemui, membaca dan memasukkan halaman website kita ke dalam indeks carian terlebih dahulu.
Proses ini dipanggil indexing.
Salah satu langkah basic SEO ialah menyediakan sitemap dan menghantarnya melalui Google Search Console.
Sitemap ini membantu Google mengenal pasti halaman penting yang ada dalam website kita.
Ia bukan jaminan website terus muncul di Google, tapi ia membantu proses penemuan halaman dengan lebih teratur. Google sendiri menerangkan asas ini dalam panduan SEO untuk pemula di Google Search Central.
Kalau Google pun belum jumpa website kita, macam mana pelanggan nak jumpa melalui Google?
2. Pastikan Paparan Website Dekat Google Nampak Meyakinkan
Pernah tak anda search sesuatu dekat Google?
Biasanya anda akan nampak tajuk website, link dan sedikit penerangan sebelum klik.
Ini antara perkara yang kita boleh susun melalui Meta Title dan Meta Description.
Contohnya, daripada sekadar letak:
“Home | ABC Enterprise”
Lebih baik tajuk halaman disusun supaya orang terus faham apa yang bisnes kita tawarkan.
Contohnya:
“Servis Renovation Rumah di Shah Alam | ABC Enterprise”
Bila orang nampak, mereka lebih mudah faham sama ada website tersebut relevan dengan apa yang sedang dicari.
Bukan sekadar nak website muncul. Kita nak orang ada sebab untuk klik.
Walaupun Google boleh mengubah tajuk atau penerangan yang dipaparkan, setup yang baik membantu kita menyediakan maklumat yang lebih jelas.
3. Elakkan Kena Rombak Website Bila Nak Buat SEO Nanti
Ini satu lagi masalah yang selalu berlaku.
Website dah siap berbulan-bulan.
Baru nak mula buat SEO.
Bila semak balik, struktur website tak tersusun.
URL halaman panjang dan tak jelas. Tajuk utama bercampur. Susunan heading H1, H2 dan H3 pun tak dibuat dengan betul.
Akhirnya, banyak bahagian kena ubah semula. Kalau website anda dah sampai tahap ni, semak kos revamp website lama dan cara kekalkan ranking semasa revamp.
Sebab itu lebih baik buat basic SEO dari awal.
Kita boleh susun struktur URL, tajuk halaman dan kandungan supaya lebih mudah difahami oleh Google dan juga pelanggan.
Website bukan sekadar kena cantik. Struktur di belakang website pun kena betul.
Kalau benda asas ini dah disediakan awal, lebih mudah untuk kita kembangkan strategi SEO pada masa akan datang.
4. SEO Perlukan Masa, Jadi Kenapa Nak Tunggu?
Berbeza dengan ads yang boleh mula membawa trafik sebaik sahaja kempen berjalan, SEO biasanya mengambil masa untuk menunjukkan perkembangan.
Untuk carian yang kompetitif, usaha SEO boleh mengambil beberapa bulan atau lebih lama sebelum nampak hasil yang ketara.
Sebab itu tak perlu tunggu website dah lama baru nak fikir tentang SEO.
Lebih awal kita setup perkara asas, lebih awal kita boleh mula memantau prestasi website, kenal pasti masalah indexing dan menambah baik kandungan.
SEO bukan benda yang kita buat hari ini, esok terus ranking nombor satu.
Ia memerlukan proses dan konsistensi.
Tapi kalau dari awal kita langsung tak buat setup asas, kita mungkin melambatkan usaha untuk membina kehadiran website dalam hasil carian.
5. Website Kena Mudah Digunakan, Bukan Sekadar Cantik
Bayangkan pelanggan jumpa website anda dekat Google.
Mereka klik.
Tapi website ambil masa terlalu lama untuk loading.
Bila buka dekat telefon, tulisan kecil sangat. Button WhatsApp pun susah nak tekan.
Apa agaknya mereka buat?
Besar kemungkinan mereka keluar dan cari website lain.
Sebab itu pengalaman pengguna atau User Experience (UX) juga penting.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah kelajuan website, paparan mesra telefon dan sambungan yang selamat menggunakan HTTPS.
Hari ini, ramai pelanggan mencari produk dan servis menggunakan telefon.
Kalau website susah nak digunakan, kita mungkin kehilangan pelanggan sebelum mereka sempat bertanya harga.
Kalau website anda dah dapat trafik dari iklan tapi masih tiada pertanyaan, baca 6 punca iklan jalan tapi website tak ada sales.
6. Buka Peluang Dapat Pelanggan Tanpa Bergantung Sepenuhnya Pada Ads
Ads memang bagus untuk membawa audience yang lebih targeted ke website kita. Kalau masih keliru nak fokus mana dulu, baca content atau ads, mana lagi berkesan untuk naikkan sales.
Tapi selagi kita bergantung sepenuhnya pada ads, kita perlu terus membelanjakan bajet untuk mendapatkan trafik berbayar.
SEO pula membuka peluang untuk website kita menerima trafik organik daripada Google.
Contohnya, seseorang search:
“Servis pasang kabinet dapur Shah Alam”
Kalau website anda mempunyai halaman yang relevan dan berjaya mendapat kedudukan yang baik, orang tersebut berpeluang jumpa bisnes anda tanpa perlu klik iklan berbayar.
Menariknya, mereka datang kerana memang sedang mencari servis yang anda tawarkan.
Namun begitu, SEO bukan bermaksud terus dapat trafik percuma sebaik sahaja website siap.
Kita masih perlu melaburkan masa dan usaha untuk membina kandungan, memperbaiki website dan meningkatkan prestasi carian.
Jadi, Website Cantik Sahaja Dah Cukup?
Tak cukup.
Website yang cantik penting untuk meyakinkan pelanggan.
Tapi kalau website susah dijumpai, lambat dibuka atau tak jelas menerangkan servis yang kita tawarkan, potensi website tersebut mungkin tidak digunakan sepenuhnya.
Sebab itu bila kita buat website untuk bisnes, jangan fikir tentang design sahaja.
Fikir juga tentang bagaimana pelanggan boleh menemui website kita melalui Google.
Basic SEO bukan jaminan website terus ranking tinggi.
Tetapi ia merupakan asas penting sebelum kita pergi lebih jauh dengan strategi SEO yang lebih besar.
Nak Buat Website Untuk Bisnes? Pastikan Basic SEO Dah Setup Dari Awal.
Di BigWave Marketing, sebuah agensi digital marketing di Malaysia, kami bukan sekadar membantu anda membina website yang kemas dan profesional.
Melalui servis website development, kami juga boleh menyediakan website bersama basic SEO setup seperti struktur halaman, meta title, meta description, sitemap dan setup asas yang membantu website lebih bersedia untuk carian Google.
Supaya bila website siap, anda bukan hanya ada link untuk dikongsikan kepada pelanggan.
Anda juga sudah mempunyai asas untuk mula membina kehadiran bisnes di Google. Bila dah bersedia untuk pergi lebih jauh, lihat servis SEO kami untuk keyword research, content dan on-page optimisation.
Lihat apa yang termasuk dalam servis buat website kami.
Untuk pemilik bisnes di seluruh Malaysia.
Kalau anda sedang merancang untuk buat website baru, atau nak upgrade website sedia ada supaya lebih tersusun dan mempunyai basic SEO setup, boleh hubungi team BigWave Marketing sekarang.
Jangan tunggu website dah siap berbulan-bulan baru nak fikir macam mana pelanggan boleh jumpa bisnes anda dekat Google.
Konsultasi percuma
Tak pasti langkah marketing seterusnya?
Beritahu kami di mana anda tersekat. Kami baca dan balas dengan cadangan terus. Tiada slaid, tiada paksaan.
Nak terus berbual? +60 11-3960 9973