Content atau Ads, Mana Lagi Berkesan Untuk Naikkan Sales?
Content besarkan kolam audience, ads bantu target dan convert pelanggan yang tepat. Fahami peranan setiap satu dan cara gabungkan kedua-duanya untuk naikkan sales.
Dah banyak buat content, tapi sales masih tak naik?
Video dah berpuluh-puluh. Ada yang dapat ribuan views. Followers pun makin bertambah.
Tapi bila tengok balik jumlah pelanggan yang masuk, masih sama.
Ada juga owner yang dah cuba run ads. Duit dah keluar, tapi hasil tak seperti yang diharapkan.
Jadi, sebenarnya mana satu yang lebih penting untuk naikkan sales?
Content atau Ads?
Jawapannya, dua-dua penting. Cuma fungsi dia berbeza.
Masalah berlaku bila kita harapkan content buat kerja ads, atau kita harapkan ads buat semua kerja content.
1. Content Adalah Engine Untuk Besarkan Kolam Audience
Dalam marketing funnel, kita panggil bahagian ini sebagai TOFU (Top of Funnel).
Mudah cerita, content berfungsi untuk buat lebih ramai orang kenal bisnes kita.
Orang yang sebelum ini tak pernah dengar tentang brand kita, mula nampak video kita.
Daripada tak kenal, mereka mula follow.
Daripada sekadar follow, mereka mula berminat dengan apa yang kita jual.
Sebab itu content penting untuk membesarkan kolam audience.
Tapi ada satu cabaran besar dengan content organik.
Kita susah nak kawal siapa yang tengok.
Contohnya, anda ada sebuah kedai makan di Shah Alam.
Anda rajin buat content tentang menu, suasana kedai dan pelanggan yang datang.
Satu hari, video anda viral dan dapat 100,000 views.
Nampak bagus, kan?
Tapi bagaimana kalau sebahagian besar orang yang tengok video itu sebenarnya tinggal di Johor, Kelantan atau Sabah?
Mereka mungkin suka video anda.
Mereka mungkin follow akaun anda.
Tapi berapa ramai yang betul-betul akan datang makan di kedai anda?
Inilah sebabnya views yang tinggi tak semestinya menghasilkan sales yang tinggi.
Content berjaya tarik perhatian, tetapi belum tentu perhatian itu datang daripada bakal pelanggan yang sesuai.
2. Ads Pula Bantu Kita Target Audience Yang Lebih Tepat
Berbeza dengan content organik, ads memberikan kita lebih banyak kawalan terhadap siapa yang kita nak capai.
Kita boleh tetapkan kawasan, lingkungan umur dan jenis audience yang sesuai dengan bisnes kita.
Kita juga boleh susun bahan iklan yang lebih fokus untuk buat orang ambil tindakan.
Contohnya, kalau anda ada kedai makan di Shah Alam, tak semestinya anda nak keluarkan bajet iklan untuk orang yang tinggal terlalu jauh dari kedai. (Untuk bisnes makanan, baca juga cara kumpul order tanpa komisen app melalui website sendiri.)
Lebih masuk akal kalau kita fokus pada orang yang tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 hingga 10 kilometer dari lokasi kedai.
Sebab mereka lebih berpotensi untuk datang makan.
Dari segi bahan iklan pula, kita boleh fokus pada perkara yang mendorong pembelian.
Contohnya:
- Menu signature yang pelanggan wajib cuba.
- Set lunch yang sesuai untuk pekerja sekitar kawasan.
- Promosi untuk pelanggan yang datang bersama keluarga.
- Iklan yang terus mengajak orang WhatsApp atau buat tempahan.
Nampak perbezaannya?
Content banyak memainkan peranan untuk tarik perhatian. Ads pula boleh disusun dengan lebih fokus untuk tukarkan perhatian itu kepada tindakan.
Sebab itu dalam strategi ads, kita perlu lebih banyak menghasilkan bahan yang membantu proses conversion.
Bukan sekadar video yang orang suka tengok.
Tetapi video yang membuatkan orang rasa nak beli, nak bertanya atau nak datang ke kedai.
3. Jadi, Patut Fokus Content atau Ads?
Jawapannya bukan pilih salah satu. Kita perlukan kedua-duanya.
Bayangkan content sebagai engine yang sentiasa membawa orang baru masuk ke dalam kolam audience kita.
Semakin konsisten kita hasilkan content yang relevan, semakin ramai orang berpeluang kenal bisnes kita. Di sinilah pengurusan social media yang tersusun membantu.
Pada masa yang sama, content juga membantu membina kepercayaan.
Orang boleh tengok produk kita, cara kita bekerja, pengalaman pelanggan dan sebab kenapa mereka patut pilih bisnes kita.
Ads pula membantu kita bawa mesej yang lebih tepat kepada audience yang lebih sesuai.
Kita boleh gunakan ads untuk memperkenalkan tawaran kepada pelanggan berpotensi, mendapatkan enquiry atau mengajak mereka terus membuat pembelian.
Malah, orang yang pernah berinteraksi dengan content kita juga boleh menjadi audience untuk kempen retargeting, bergantung pada data yang tersedia.
Jadi kedua-duanya saling melengkapi.
Content bantu besarkan kolam. Ads bantu kita cari dan convert pelanggan yang lebih berpotensi.
Kalau hanya buat content, kita mungkin dapat banyak perhatian tetapi sukar mengawal siapa yang melihatnya.
Kalau hanya bergantung pada ads tanpa content dan mesej yang meyakinkan, kita mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.
Satu lagi yang selalu terlepas pandang: bila ads dan content bawa orang ke website, website itu sendiri pun patut mudah dijumpai. Baca kenapa website tak keluar di Google untuk basic SEO yang patut disetup.
Sebab itu strategi marketing yang baik bukan sekadar fikir berapa banyak content nak post atau berapa banyak bajet ads nak spend.
Tetapi bagaimana kedua-duanya boleh bergerak bersama untuk menghasilkan sales.
Content Dah Buat. Ads Pun Dah Jalan. Tapi Sales Masih Tak Naik?
Mungkin masalahnya bukan pada berapa banyak anda post atau berapa besar bajet ads yang anda keluarkan.
Tetapi pada strategi untuk menarik audience yang betul dan menukarkan mereka menjadi pelanggan. Kadang-kadang puncanya pula pada website itu sendiri. Baca kenapa iklan jalan tapi website tak ada sales.
Di BigWave Marketing, sebuah agensi digital marketing di Malaysia, melalui servis content creation dan paid marketing, kami membantu bisnes menyusun strategi content dan ads supaya kedua-duanya bergerak ke arah matlamat yang sama, iaitu meningkatkan sales.
Kami percaya setiap content yang dihasilkan dan setiap ringgit yang dibelanjakan untuk ads perlu mempunyai peranan yang jelas dalam perjalanan pelanggan.
Khas untuk pemilik bisnes sekitar Klang Valley.
Kalau anda sedang mencari team yang boleh bekerjasama untuk merancang strategi content dan ads bagi mengembangkan bisnes anda, hubungi BigWave Marketing sekarang.
Jangan tunggu sampai banyak bajet marketing dah keluar, tapi sales masih berada di tahap yang sama.
Konsultasi percuma
Tak pasti langkah marketing seterusnya?
Beritahu kami di mana anda tersekat. Kami baca dan balas dengan cadangan terus. Tiada slaid, tiada paksaan.
Nak terus berbual? +60 11-3960 9973